Tuesday, September 8, 2009

Embriologi Dalam al-Quran

Embriologi

Al-Quran banyak menyebut tentang kejadian manusia. Di antara ayat tersebut ialah ayat yang menyebut tentang nutfa. Nutfa dalam bahasa Arab sperma (Lihat Kamus Arab-English Han-Wehr). "drop or sperm".


Bukankah dia dari nutfa (sperm) dari air mani yang dipancarkan?

Jelas daklam ayat ini menyatakan bahawa nutfa (sperm) tersebut berasal dari air mani (terdapat dalam air mani). 1430 tahun yang lalu, Allah s.w.t. menyatakan perkara yang manusia hanya tahu pada kurun ke-18, kajian yang dibuat oleh Anton Von Leewenhoek, pencipta kata yang menemui sperma melalui kajian beliau.


Embriologi ialah satu displin ilmu yang berkaitan dengan perkembangan enbrio dalam rahim ibu. Al-Quran banyak menceritakan tentang perkembangan embrio. Surah pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi malaikat Jibreel a.s. ialah surah al-Alaq. Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada tempoh menyusukan anak dan tempoh mengandung, Dalam ayat 14 Surah Lokman, Allah s.w.t. berfirman:





Maksud Ayat ini:



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Dalam ayat ini, al-Quran menyatakan bahawa tempoh menyusukan anak ialah dua tahun genap iaitu 24 bulan. Dalam ayat 15 Surah Ahkaf, Allah s.w.t. berfirman:




Maksud ayat ini

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Tempoh Mengandung

Sekiranya dilakukan pengiraan mudah, tempuh mengandung berdasarkan ayat 14 Surah Lukman dan ayat 15 Surah Ah-Ahkaf,

.
Mengandung dan menyusukan anak=30 Bulan


Menyusukan anak =2 tahun (24 bulan)


Mengandung= 30-24=6 Bulan.

Jelas berdasarkan pengiraan mudah ini tempoh mengandung ialah 6 bulan. Apakah al-Quran melakukan kesilapan. Manusia dikandung dalam rahim ibu selama 9 bulan sedangkan berdasarkan kepada pengiraan mudah ini, mengandung adalah 6 bulan! Allah Maha Mengetahui, Allah Pencipta Alam ini, Allah Maha Melihat, Allah Maha Membentuk.
.
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji, perkembangan bayi dalam rahim ibu menunjukkan bahawa 6 bulan adalah peringkat paling minimum semua organ bayi terbentuk. Sekiranya bayi ini dilahirkan dan dijaga dengan rapi walaupun ia baru berumur 6 bulan, maka bayi ini boleh hidup. Di bawah 6 bulan, bayi tidak boleh hidup.